Mari kita berkenalan dengan Dr Forrest C. Shaklee.
🔆 Beliau merupakan pengasas syarikat Shaklee dan mula menubuhkan syarikat ini pada tahun 1956 semasa beliau berusia 61 tahun.
🔆 Beliau merupakan seorang ahli sains,ahli falsafah dan usahawan yang berintegriti.
🔆 Hari ini falsafah Shaklee “Better You Better World” mencerminkan secara langsung visi awal Dr Shaklee.
🔆 Shaklee berkembang dari mulut ke mulut menjadi public listed di NYSE pada 1978 dan di senarai Fortune 500 pd 1982.
🔆 Pada umur beliau seawal 20an akibat dari kerap menggunakan mesin x-ray beliau telah di dignosis kanser dan beliau tidak mahu kaki beliau di potong pada usia muda.
🔆 Beliau amat yakin bahawa alam semulajadi ciptaan Tuhan mengandungi penawar hebat..
🔆 Beliau telah pulang ke kampung halaman demi untuk merawat dan mencari penawar selama 3 tahun.
🔆 Beliau percaya "Nature Is a Noble teacher" sebab itu beliau sangat hampir dengan alam semulajadi.
🔆 Beliau mendengar, memahami dan mengambil pengajaran dari alam semula jadi.
🔆 Segala produk ciptaannya tidak melanggar perinsip ini.
🔆 Minat Dr Shaklee dalam bidang kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya iaitu batuk kering
🔆 Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, rawatan beliau adalah rehat yang cukup, makanan berkhasiat & menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar bandar Iowa.
🔆 Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam tahun-tahun pembentukan beliau.
🔆 Minat Dr Shaklee dalam kesihatan yang optima, membawa beliau dari lapangan, ke makmal & bilik peperiksaan.
🔆 Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah adalah asas untuk kesihatan keseluruhan & kesejahteraan.
Dibawah adalah Kronologi penubuhan SHAKLEE.
1915 - Dr. Forrest C. Shaklee telah memperkenalkan Vitalized Mineral yang diringkaskan sebagai vitamin iaitu multivitamin yang pertama di dunia
1956 - Dr. Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat Shaklee yang mesra alam untuk meningkatkan kesihatan manusia dan pada masa yang sama memelihara alam sekitar
1960 - Shaklee memperkenalkan pencuci organic Basic H iaitu merupakan satu pencuci biodegrasi dan bebas toksik yang pertama
1961 - Shaklee menghasilkan satu rumusan supplement protein segera berasaskan soya yang pertama iaitu dikenali sebagai ESP kini
1972 - Shaklee memperkenalkan serbuk pencuci pakaian biodegrasi tanpa Posphate, Nitrate atau Borate yang pertama iaitu Get Clean Laundry.
1977 - Shaklee disenaraikan dalam Bursa Saham New York.
1981 - Shaklee menghasilkan Vitamin C yang berasaskan tumbuhan dengan sistem pembebasan terkawal yang pertama
1982 - Shaklee menjadi syarikat Fortune 500
1993 - Shaklee membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi iaitu Performance Drink dan Vitalizer yang dirumus khas untuk para angkasawan yang digelarkan sebagai Astro Aide
1996 - Shaklee membantu atlet-atlet bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta
2000 - Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi sijil Climate Neutral yang mengimbangi pembebasan karbon dioksida di mana ia menghasilkan impak sifar kepada alam sekitar
2004 - Shaklee membantu atlet-atlet bertaraf dunia memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece
2005 - Shaklee memperkenalkan satu formula sistem imun badan iaitu penggalak atau booster interferon semulajadi yang pertama yang dinamakan sebagai NutriFeron
2007 - Shaklee memperkenalkan Vivix iaitu penemuan revolusi terbaru dalam anti penuaan sel serta antioksida yang berkualiti tinggi
2013 - Shaklee memperkenalkan CoQ Health Plus yang dapat membantu untuk menyokong jantung sihat dan membantu mengatasi masalah penyakit kardiovaskular
2014 - Shaklee menghasilkan Phytocol ST yang dapat membantu untuk mengawal paras kolesterol dalam badan secara semulajadi
2018 - Shaklee memperkenalkan Produk penjagaan kecantikan wajah yang telah dilancarkan di Malaysia iaitu YOUTH selepas menjalankan penyelidikkan selama 8 tahun.
2020 - Shaklee melancarkan produk terbaru iaitu Res-V di Malaysia.
PENCAPAIAN HEBAT INDIVIDU YANG DIPERKASAKAN OLEH SHAKLEE
1983 - Rakyat Amerika yang pertama sekali mendaki gunung Everest tanpa oksigen dibekalkan dengan nutrisi daripada Shaklee
1986 - Pesawat Voyager dipandu oleh Dick Rutan dan Jeana Yeager telah berjaya mengelilingi dunia tanpa henti dan mereka telah diperkasakan oleh supplement Shaklee
1986 - Shaklee telah memperkasakan penjelajah kutub Will Steger
1987 - Jacques Cousteau dan Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam
1989 - Shaklee telah menganjurkan program penanaman sejuta pokok di Asia bagi menggalakkan semangat cinta akan alam sekitar
1991 - Shaklee telah dipilih oleh Biosphere 2 iaitu sebuah pusat penyelidikan sains untuk digunakan di dalam pusat mereka
1993 - Angkasawan NASA menggunakan Astro Aide iaitu terdiri daripada Performance Drink dan Vitalizer sebagai peneman dan supplement ke angkasa lepas