Bahan-Bahanya:-
5 ekor sotong saiz sederhana besar dibersihkan jangan buang kepala.
300g beras pulut (rendam 30min)
1 kotak santan
2 helai daun pandan
1 sudu kecil Garam
1 biji nise/gula melaka/kabung (jika tak suka manis boleh kurangkan).
Cara-caranya:-
1. Rendam Beras pulut bersama dengan santan dan sedikit garam.
2. Masukkan beras pulut kedalam sotong. Jangan bagi penuh separuh sahaja.
3. Masukkan semula kepala sotong tadi kebadan sotong, cucuk dengan pencungkil gigi supaya beras tak keluar.
4. Susun dalam periuk bersama daun pandan dan masukkan lebihan santan tadi dan gula nise kedalam periuk.
5. Rebus dengan api perlahan ok. Tutup periuk. Masak dalam 30min sehingga pulut masak.
6. Kemudian bolehlah dihidang.
p/s : Hati-hati dengan pencukil gigi tu.. cabut dulu kalau nak hidangkan.
No comments:
Post a Comment