TIPS MENGATASI SAKIT TUMIT

Apa itu Sakit Tumit.

Sakit Tumit dikenali sebagai PLANTAR FASCIITIS ia merupakan engkak atau radang terhadap tisu yang menyokong lengkungan kaki.

Ia terjadi apabila tiada lengkungan pada kaki serta kaki mendatar yang memberi tekanan yang lebih serta berulang-ulang pada plantar fasia.




Sakit Tumit yang dimaksudkan adalah rasa sakit yang menyucuk dan kadangkala berdenyut biasa terjadi di bahagian tumit sebelah dalam.

Sakit tumit ini bukanlah disebabkan faktor umur dan bukan juga penyakit usia. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengenal jantina ataupun usia.

PENYEBAB SAKIT TUMIT

🌟 Sering kali terjadi pada wanita yang suka memakai kasut tumit tinggi.
🌟 Pemilihan kasut yang salah contohnya tiada penyokong lengkugan tapak kaki.
🌟 Berdiri ataupun berjalan terlalu lama
🌟Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki.
🌟 Kekurangan Vitamin yang membantu kesihatan tapak kaki serta sendi.


BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN SAKIT TUMIT

❇️ Rendam kaki anda didalam air suam ataupun rendaman campuran herba dan sebagainya.
❇️ Massage tapak kaki anda... 
❇️ Pilih kasut yang sesuai
❇️ Elakkan dari berdiri dan berjalan terlalu lama
❇️ Golekkan kaki anda dengan botol yang berisi air sejuk untuk mengurangkan ketegangan otot.
❇️ Buat sedikit regangan tapak kaki sebelum tidurdan bangun tidur,
❇️ Ambil supplement/Vitamin untuk menjaga kesihatan tapak kaki anda.





Kadang-kadang kita tak sedar betapa pentingnya supplement dalam kehidupan seharian kita. Bukan nak kata wajib tapi dalam keadaan dunia yang penuh dengan pencemaran ia merupakan keperluan bagi menjaga kesihatan kita.







No comments:

Post a Comment