DULU SAKIT BATU KARANG KINI TIADA LAGI

Assalamualaikum....

Tahukah anda Penyakit Batu Karang (Kidney Stone) merupakan masalah kesihatan yang biasa terjadi kepada golongan lelaki. Mencari ubat untuk merawat penyakit ini amatlah sukar untuk ditemui oleh yang demikian langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil dari awal.


Apakah Punca Terjadinya Batu Karang.

Antara sebab-sebab terjadinya batu karang adalah seperti berikut:-

🌿 Kurangnya pengambilan Air.
🌿 Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.
🌿 Pengambilan Lemak Omega 6 yang tinggi.
🌿 Pengambilan terlalu banyak makanan yang mengandungi bahan kimia seperti makanan laut.

Jenis-Jenis Batu Karang

Penyakit Batu Karang ini boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu:-

⋇ Calsium Oxalate 
⋇ Calsium Phosphate
⋇ Batu Karang Asid Urik 
⋇ Cystin


TANDA-TANDA PENYAKIT BATU KARANG

🌸 Akan merasa sakit pada bahagian abdmen iaitu sisi kanan dan kiri pinggang.
🌸 Merasa kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit seolah seperti hendak bersalin.
🌸 Serangan yang datang tiba-tiba
🌸 Kencing Berdarah
🌸 Loya-loya dan berpeluh-peluh

ANTARA KOMPILASI YANG BERLAKU JIKA TIDAK DIRAWAT

🔥 Jika pesakit batu karang ini tidak diberi rawatan yang segera, pesakit akan mengalami kerosakkan ataupun kegagalan buah pinggang. Ini disebabkan oleh bahan-bahan toksid yang dihasilkan oleh tubuh tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Oleh yang demikian pesakit terpaksa menjalani rawatan HEMODIALISIS agar dapat mencuci darah jika tidak ia boleh membawa maut jika dibiarkan berlarutan.
🔥 Dalam Buah Pinggang akan bernanah dan boleh mengakibatkan terjadinya bisul dimana pesakit akan mengalami demam mengigil. Jika dibiarkan tanpa rawatan pesakit akan mengalami septicimea dimana kuman akan merebak keseluruh badan dan boleh menyebankan kematian.

RAWATAN SAKIT BATU KARANG

☙ Bagi batu yang saiz kurang dari setengah cm akan dikeluarkan dengan sendiri dengan pengambilan ubat-ubatan dan minum air yang banyak.
☙ Bagi batu karang jebis asid urik dan cystin ia dapat dirawat dengan mengubah PH air kencing sehingga ia larut kembali.
☙ Menggunakan sinar laser bagi memecahkan batu-batu tersebut dan dikeluarkan melalui air kencing.
☙ Bagi batu karang bersaiz besar lebih dari 3cm, pesakit mungkin terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan batu tersebut

Selain daripada mendapat rawatan dari Hospital anda juga boleh mengambil supplement tambahan bagi membantu dalam proses penyembuhan.  













No comments:

Post a Comment